REVIEW | Hada Labo Premium Lotion (Bahasa Malaysia)

Penjagaan kulit amat penting bagi wanita masa kini kerana banyak faktor yang boleh merosakkan kulit berada di sekeliling kita. Antaranya ialah pencemaran udara, cahaya matahari, tidur yang tidak mencukupi dan banyak lagi. Selain dari sentiasa memakai krim pelindung muka, pemilihan produk juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan kulit yang mulus, kelihatan muda dan berseri-seri.

Kembali pada tahun 2018 di mana pada ketika itu, saya baru berjinak-jinak dengan produk penjagaan kulit yang dijual di farmasi terkemuka. Sekilas pandang Hada Labo menarik minat saya untuk mencubanya. Hada Labo yang bermaksud ‘Makmal Kulit’ adalah barisan penjagaan kulit Jepun yang berteknologi maju yang diteliti dan dikembangkan di kemudahan penyelidikan Rohto Pharmaceutical Co., Ltd. di Jepun.

Dengan menggunakan kekuatan Super Hyaluronic Acid, Rohto telah mengemas kini ritual tradisional Jepun yang dihormati dan dikagumi untuk kulit yang cantik dan kelihatan lebih muda. Kombinasi teknologi tinggi, moden dan pendekatan tradisional untuk memantapkan aplikasi adalah tujuan utama HADA LABO dicipta. Ia memberikan keseimbangan yang sempurna dalam rejimen penjagaan kulit anda dan keharmonian yang sempurna untuk kulit anda.

Untuk artikel kali ini, saya akan mengulas dengan lebih lanjut mengenai produk ini.

Penerangan Produk

Fokus utama HL Premium Whitening Lotion ni adalah untuk mencerahkan dan memberi penghidratan yang kuat pada kulit wajah. Seperti klaim HL, Premium Whitening Lotion ni sesuai untuk mereka yang ingin memudarkan bintik hitam di muka, kulit kemerahan dan kusam kerana HL Premium Whitening Lotion ini mempunyai bahan-bahan melawan bintik hitam, kemerahan kulit dan kusam.

Info Penting!

Di Jepun, perkataan LOSYEN untuk produk penjagaan kulit mereka adalah membawa maksud ‘toner‘ bagi produk-produk dari luar Jepun.

Bahan Utama

Produk ini mengetengahkan Asid Tranexamic sebagai bahan utamanya. Walaupun asid ini digunakan untuk mencegah dan mengawal pendarahan selepas pembedahan, namun penggunaan asid ini didalam produk penjagaan wajah mampu untuk melawan dan menghalang bintik-bintik hitam serta Vitamin C dan E tambahan untuk melindungi kulit daripada kerosakan oksidatif sambil Asid Nano Hialuronik ultra-pekat mengembalikan kelembapan kepada kulit, sekaligus menjadikan ia segar dan mulus.

Asid Tranexamic – membantu melawan bintik-bintik hitam dan mengimbangkan semula warna kulit untuk kulit yang lebih cerah dan berseri

Asid Nano Hialuronik – dengan molekul halus yang boleh menembus kulit dan memberikan kelembapan di bahagian lapisan dalam kulit

Vitamin E – membantu melegakan dan mengembalikan keselesaan kulit selepas terdedah kepada matahari

Vitamin C – Menembus sel-sel dan memulihkan kerosakan kulit

Senarai Penuh Bahan

Water, Diglycerin, Glycerin, Tranexamic Acid, Butylene Glycol, PEG-8, PEG-6, PEG-32, PPG- 24- Glycereth-24, Methylparaben, Carbomer, Poly- sorbate 20, Styrene/VP Copolymer, Disodium EDTA, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, Magnesium Ascorbyl Phosphate, Tocopherol, Sodium Hyaluronate

Asal Produk

Jepun

Kandungan

170 ml

Cara Penggunaan

Gunakan setiap hari selepas membersihkan wajah. Tuang losyen ke tapak tangan, ratakan dan tepuk-tepuk manja di sekitar wajah untuk penyerapan optimum.

Kemasan Pembungkusan

Losyen ini didatangkan khas dalam botol plastik berwarna biru gelap dan mempunyai penutup flip. Botol ini juga kukuh dan ringan, sangat mesra perjalanan.

Tekstur

Losyen ini berwarna susu pudar, ia tidak terlalu cair dan tidak terlalu likat. Meresap dengan baik ke dalam kulit. Untuk kulit berminyak, hanya 2 hingga 3 titik sudah memadai. Untuk kulit kering, boleh tuang lebih sedikit.

Aroma

Tidak mempunyai bau yang dapat dikesan.

Pengalaman Saya

Dalam diam tak diam, sudah 2 botol losyen ini saya gunakan. Setiap botol tahan selama 8 bulan, 2 kali penggunaan sehari. Kulit saya amat menyukai lembapan yang diberikan. Ia juga sesuai digabungkan dengan apa-apa produk dalam rutin yang berlainan. Oleh kerana teksturnya yang agak cair, ia mudah meresap dan sesuai digunakan berlapis-lapis. Saya selalu melapis losyen ini sehingga 7 lapisan. Kulit saya kelihatan sihat, kelihatan lembab dan sedikit bercahaya.

Dari segi pencerahan, ia agak lembut dan sederhana dari jangkaan saya. Selepas 2 botol penggunaan, saya dapati bintik hitam di kulit saya seakan tiada perubahan. Tapi kulit saya kurang kusam dari sebelumnya. Mungkin kerana kulit saya cukup lembapan dan tidak kering seperti sebelum ini.

Jika anda ada masalah kulit kering dan dehidrasi, mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk mencuba produk ini kerana seperti saya katakan di atas, lembapan yang diberikan sangat memuaskan.

Penilaian

3.9/5

Beli Di Sini

Hada Labo Premium Whitening Lotion

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on LinkedIn
Share on Pinterest

About Me

Noorain Zaini

Noorain Zaini

I'm not popular, but I have nice friends. I'm not rich, but I have what I need. I may not be liked, but I know I'm loved

Trending Articles

Close Menu