BM REVIEW | RURUBERRY 10% NIACINAMIDE + HA 30ml

Niacinamide bukan lah satu bahan yang asing dalam dunia penjagaan kulit. Ada banyak lagi bahan lain yang popular antaranya Arbutin, Retinol and Vitamin C tetapi Niacinamide ini saya boleh katakan agak istimewa disebabkan ianya versatile, fungsi nya bukan sahaja bagus untuk hiperpigmentasi, tapi penuh dengan faedah lain untuk kulit.

Dikenali juga sebagai vitamin B3 dan Nikotinamide, Niacinamide merupakan vitamin larut air yang berfungsi dengan bahan semula jadi di dalam kulit untuk membantu meminimumkan liang pori yang besar, mengetatkan liang pori kulit, memperbaiki nada kulit yang tidak sekata dan kusam, garis halus dan kedutan, serta menguatkan permukaan kulit. (Paula’s Choice)

Niacinamide mengurangkan penghasilan sebum muka (minyak secara semulajadi dihasilkan untuk melindungi dan melembapkan kulit). Sebum yang berlebihan apabila terperangkap di liang pori dalam lapisan sel-sel kulit mati, akan menyebabkan bintik hitam, jerawat dan masalah kulit lain. (SkinCeuticals)

Jadi tidak hairanlah jika niacinamide ini menjadi pilihan utama mereka yang mengimpikan kulit yang sihat, cerah, mulus dan bebas dari dari cela. Disebabkan itu, kini semakin banyak produk yang meletakkan Niacinamide sebagai bahan utama, baik produk dari antarabangsa mahupun yang dikeluarkan oleh jenama tempatan. Saya pernah juga mencuba serum Niacinamide ini dari salah satu jenama antarabangsa yang terkenal, namun malangnya saya tidak terlalu mengagumi teksturnya di kulit saya, ia seakan melekit dan meninggal kan rasa tidak selesa. Oleh sebab itu, saya lebih sukakan produk yang tidak meletakkan Niacinamide sebagai bahan utama, cukup sekadar ianya menjadi bahan sampingan tetapi masih dengan kesan yang mengagumkan.

Namun begitu, apabila saya mengetahui Ruruberry, sebuah jenama tempatan mengeluarkan serum Niacinamide, saya tahu saya perlu mencubanya, supaya saya dapat membandingkannya dengan serum yang saya pernah gunakan sebelum ini. Tambahan pula ianya adalah produk buatan Malaysia, jadi saya percaya dan yakin dengan keberkesanannya. Jangkaan saya tepat, produk ini sangat bagus! Apa yang saya boleh katakan, saya tidak menyesal mencubanya! 😍

Sebelum saya bercerita panjang, mari lihat dahulu bahan-bahan yang terkandung dalam Ruruberry 10% Niacinamide + HA ini.

BAHAN-BAHAN

Water, Niacinamide, Butylene Glycol, Acetyl Glucosamine, Xylitylglucoside, Hydrolyzed Soy Protein, Anhydroxylitol, Sodium Hyaluronate, Sodium Hyaluronate Crosspolymer, Sodium Acetylated Hyaluronate, Sodium Carboxymethyl Beta-Glucan, PPG20 Methyl Glucose Ether, Xylitol, Tetrasodium EDTA, Sodium Ascorbyl Phosphate, Panthenol, Citric Acid, Pentylene Glycol, Centella Asiatica Extract, Glycerin, Phenoxyethanol, Chlorphenesin, Polygonum Cuspidatum Root Extract, Scutellaria Baicalensis Root Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract, Rosmaninus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Hydrolyzed Sodium Hyaluronate, Ethylhexylglycerin

Selain Niacinamide, produk ini sangat bagus kerana mengandungi Hyaluronic Acid, agen penghidrasi kulit yang dikenali kemampuannya untuk menarik dan memegang 1000x kelembapan, untuk dibekalkan kepada kulit bagi menguatkan kulit kendur dan memastikan kulit sentiasa anjal dan sihat. Selain itu, serum ini juga mengandungi Sodium Ascorbyl Phosphate yang akan merawat cela, serta Panthenol yang akan meredakan kulit yang rengsa dan sensitif.

PENGALAMAN SAYA SENDIRI MENGGUNAKAN PRODUK INI :

Pertama sekali saya kagum dengan tekstur nya yang ringan dan tidak begitu melekit jika dibandingkan dengan serum yang saya pernah cuba sebelum ni. Produk ini masih meninggalkan rasa melekit, tetapi hanya sedikit dan tidak mengambil masa yang lama untuk ia menyerap ke dalam kulit. Ruruberry juga memberi panduan kepada pengguna untuk menggunakan maksimum 2-3 titik sahaja untuk setiap aplikasi bagi mengelakkan rasa melekit yang keterlaluan. Ia sedikit licin semasa disapu ke kulit tetapi tekstur nya cepat menyerap dan yang paling penting ianya tidak bergumpal (piling). Produk ini juga fleksibel dan sesuai untuk dipakai bersama-sama produk lain disebabkan tekstur yang ringan.

Saya sangat teruja setiap kali menggunakan serum ini kerana kulit saya akan terus rasa lembut dan gebu. Permukaan kulit menjadi lembut dan lembab, jadi ia memudahkan penyerapan produk seterusnya. Kesan paling ketara selepas sebulan penggunaan = kulit saya menjadi kurang berminyak dan lebih sihat! 😍 Selalunya dengan jenis kulit saya yang berminyak ini, saya akan merasa tidak selesa apabila waktu tengahari atau cuaca panas kerana kulit akan terasa berminyak, tetapi kini masalah itu boleh dikatakan tiada! Liang pori saya juga nampak tidak ketara dan halus berbanding sebelum ini. Serum ini juga sangat berkesan untuk mencerahkan parut di kulit lebih-lebih lagi parut yang baru. Saya mempunyai satu parut besar di atas bibir dan kesan parut tersebut semakin hilang selepas lebih sebulan! Hasilnya sangat mengagumkan!

Saya sangat gembira untuk memberikan produk ini ⭐⭐⭐⭐⭐! Produk ini berjaya mengubah persepsi saya yang serum niacinamide sangat melekit dan tidak selesa digunakan tetapi dengan produk ini, saya tidak mengalami masalah tersebut lagi!

PRODUK INI SESUAI UNTUK :
▪️mereka yang mempunyai kulit berminyak dan mudah mempunyai jerawat.
▪️kulit yang matang dan berusia.
▪️kulit kering dan sensitif.

SHOP HERE

Ruruberry 10% Niacinamide + HA

 

Close Menu