BM REVIEW | Purging, Breakout Atau Tempoh Keserasian Produk? Mana Satu Yang Kulit Saya Alami?

Pernahkah apabila anda menukar atau mencuba produk penjagaan kulit yang baharu, anda dapati kulit anda bukan menerima reaksi yang baik tetapi mula meradang dengan jerawat? Hal ini terjadi semasa 2-3 minggu pertama ketika anda merncuba produk baharu. Situasi ini mungkin disebabkan oleh purging, breakout atau mungkin juga disebabkan oleh reaksi justifikasi kulit dari produk tersebut.

Apa Itu Purging?

Purging adalah proses di mana kulit kita bekerja dengan mengadaptasi dengan produk baru yang mempunyai bahan aktif di dalamnya. Bahan aktif ini bertindak dengan mempercepatkan proses pembaharuan kulit dan membersihkan semua kotoran dan sel kulit mati yang berkampung di kulit kita sebelum kulit wajah yang sihat muncul. Kebiasaannya tempoh untuk purging itu hilang adalah selama 4 minggu. Purging datang dalam berbagai jenis seperti jerawat seperti blackhead, whitehead, papula, pustula malah jerawat batu. Purging biasanya akan terjadi di kawasan yang biasa tumbuhnya jerawat. Seperti saya, kawasan yang biasa untuk jerawat keluar adalah di kawasan dagu, maka purging akan berlaku di kawasan dagu juga. Tetapi jika tempoh purging melebihi 6 minggu, ia berkemungkinan besar adalah breakout.

Frasa purging selama seminggu menggunakan 19% Vitamin C

Apakah Bahan-bahan Aktif Yang Menyebabkan Purging?

Biasanya, purging terjadi apabila kita menggunakan bahan-bahan seperti di bawah :

Asid Hydroxi seperti AHA, BHA, PHA dan Asid Buah
• Retinoids
• Vitamin C
• Skrub Pengelupasan
• Rawatan Enzim
• Berus Pembersih Wajah
• Alat Microderma

Apa Yang Patut Dilakukan :

1) Teruskan penggunaan produk tersebut namun boleh kurangkan kuantitinya dan kekerapannya.

2) Jangan memicit kawasan iritasi tersebut.

Sumber Google

3) Elakkan dari mendedahkan kulit kepada cahaya matahari dan sentiasa menggunakan krim pelindung matahari.

4) Gunakan produk yang dapat memberi kesan menenangkan (soothing).

Apa Itu Breakout?

Seperti purging, breakout juga terjadi apabila kita memperkenalkan produk baru kepada kulit kita, cuma breakout terjadi kerana reaksi kulit yang menunjukkan produk tersebut tidak sesuai dengan kulit. Ini kerana kulit tidak dapat menerima dan menyebabkan iritasi terhadap sesuatu bahan dalam produk tersebut. Penyebab breakout biasanya disebabkan oleh bahan-bahan comedogenic sehingga menyumbat liang pori yang akan menyebabkan munculnya jerawat. Selain itu, ini mungkin adalah reaksi normal yang menunjukkan kulit alah dengan sesuatu bahan seperti pewangi, silikon, essential oil dan lain-lain lalu menyebabkan munculnya jerawat dan gatal-gatal. Selain purging, jerawat juga biasanya muncul di kawasan yang tidak pernah tumbuh jerawat dan keadaan ini melebihi 6 minggu malah berbulan-bulan.

Jerawat pertama ketika breakout

Pertama kali saya breakout apabila saya menggunakan sunscreen yang mengandungi dimethicone, di mana jerawat mula tumbuh di sekitar kawasan yang tidak pernah timbulnya jerawat. Semakin lama semakin banyak yang keluar selagi saya tidak berhenti menggunakan produk tersebut

Akhirnya meninggalkan parut gelap

Apa Yang Perlu Dilakukan?

BERHENTI menggunakan produk yang menyebabkan keadaan ini berlaku. Mulakan rawatan untuk menyembuhkan kawasan breakout tersebut. Jika melarat sila bertemu dengan pakar dermatologi.

Tempah Keserasian Produk

Terdapat satu lagi keadaan di mana kulit mengeluarkan reaksi seperti purging seperti timbulnya biji-biji halus selepas menggunakan sesuatu produk. Ini kerana setiap dari kita mempunyai kadar penerimaan yang berbeza. Keadaan ini tidak semestinya terjadi selepas kita menggunakan produk yang mempunyai bahan aktif. Selalunya keadaan ini terjadi sekitar 2-4 minggu dan selepas dari itu kulit akan mula menerima nutrien dari produk tersebut.

Ini juga pernah saya alami di mana kulit saya akan tumbuh biji-biji halus. Namun biji-biji ini cepat hilang dan dan keadaan ini tidak membimbangkan saya.

Apa yang saya mahu tekankan di sini..sekiranya kulit mengeluarkan reaksi seperti jerawat dan sebagainya, perhatikan dulu adakah ia disebabkan oleh bahan aktif atau alergi terharap sesuatu bahan. Jika hanya purging dan tempoh untuk produk serasi dengan kulit, teruskan pemakaian produk tersebut dan dan kulit sihat akan muncul setelah semua sel kulit mati dinyahkan. Namun, apa-apa reaksi seperti ini jika melebihi 6 minggu menunjukan kulit anda sedang breakout dan sila berhenti menggunakan produk tersebut dan rawatlah kesan iritasi tersebut.

Beli Di Sini

Allie Nuance Change UV Gel SPF50+ PA++++ 60g [#01 Bright White]

Make P:Rem Blue Ray Sun Fluid

Dermatory Azulene Hypoallergenic Cica Powder Toner

Axis-y Artichoke Intense Skin Barrier Ampoule

Jumiso AC Cure Spot Cream

About Me

这个月的热门帖子

Sorry. No data so far.

Close Menu