BM REVIEW | Garnier Skin Naturals Sakura White Pinkish Glow Whip Foam

Bicara mengenai produk penjagaan kulit, semestinya telah menjadi perhatian setiap orang. Pastinya memiliki kulit yang cantik merupakan keinginan setiap orang terutamanya buat sang gadis. Antara kepentingan dalam penjagaan kulit adalah memilih produk yang bersesuaian dengan kulit tersendiri dan manfaatnya. Sekiranya pemilihan dalam memilih produk penjagaan kulit adalah salah, sudah pasti akan menyulitkan keadaan untuk memilik kulit yang sihat.

Dalam waktu terkini telah trend memiliki kulit mulus seperti kulit bayi dan tampak berseri kemerah merahan. Trend ini yang dibawa oleh negara Asia Timur; Jepun dan Korea Selatan telah menarik perhatian dimana kulitnya amat bersih dan licin tetapi masih tampak sihat tanpa memakai produk yang menipiskan kulit. Oleh itu, Garnier telah mencuba menembusi pasaran dengan mengeluarkan produk Garnier Skin Naturals Sakura White Pinkish Glow Whip Foam yang memberi perhatian dalam penjagaan kulit untuk memberi kesan seperti efek berseri cerah merona sekaligus melembapkan kulit.

 

MENGENAI PRODUK

Ia mempunyai kombinasi ekstrak bunga Sakura dari Jepun dan menyuntik hyaluron serum kedalamnya. Bukan sahaja mampu membuat kulit kelihatan berseri, ekstrak bunga Sakura juga mempunyai khasiat seperti ejen anti-glycation untuk membuat kulit lebih elastis dan tampak cerah.

Pembersih wajah ini juga mempunyai keistimewaanya dimana seperti pembersih wajah yang lain mempunyai formulasi yang tebal dan lebih berkrim, Garnier Skin Naturals Sakura White Pinkish Glow Whip Foam diformulasikan untuk membentuk seperti buih yang gebu. Apabila pembersih wajah ini bertemu air, ia akan membentuk seperti buih krim putar.

Keringanan yang dimiliki oleh pembersih wajah ini menyebabkan ia boleh membersihkan setiap pori-pori yang berada di wajah. Meskipun ia kelihatan ringan, tetapi ia mampu berkesan 50% lebih pekat berbanding pembersih wajah yang lain. Produk ini juga telah diuji oleh pakai dermatologis dan diberi kelulusan dari segi bahan-bahan yang telah digunakan. Pembersih wajah ini telah direka khas untuk kulit yang sensitif terutamanya, oleh itu amat mudah untuk pengguna yang berkulit sensitif untuk mencuba produk ini.

Seperti yang dinyatakan, produk ini boleh dilihat hasilnya dalam waktu 3 hari. Semestinya salah telah mencuba dan ingin klarifikasi, apakah ia benar memberi perbezaan. Ataupun ia hanya sebahagian daripada taktik pemasarannya. Teruskan membaca untuk mengetahui pandangan saya mengenai pembersih wajah ini.

 

PEMBUNGKUSAN

Seperti yang dilihat, ia telah dipaketkan ke dalam botol tiub yang leper. Oleh kerana konsepnya yang berunsur bunga Sakura, keseluruhan tubuh botol tiub ini dipenuhi warna merah jambu dan putih. Ia juga telah di cetak buga Sakura dan titisan hyaluron serum bagi memberi indikasi bahawa bahan yang digunakan adalah seperti berikut.

Bagi saya, Garnier Skin Naturals Sakura White Pinkish Glow Whip Foam  ini penuh dengan informasinya meskipun ia kelihatan sederhana sahaja. Sebagai pengguna, informasi yang padat itu lebih penting berbanding pembungkusan yang agak mewah.

Produk ini juga amat menarik kerana krimnya itu berwarna merah jambu lembut. Itu kerana ia mengikuti konsep bunga Sakura yang merupakan bahan utama di dalam pembersih wajah ini. Namun, setelah ia bertemu dengan air, ia tidak kekal menjadi warna merah jambu sebaliknya putih yang kelihatan gebu.

 

CARA PEMAKAIAN

Pada telapak tangan yang telah bersih dan basah, picitkan tiub itu dan keluarkan produk tersebut secukupnya (lebih kurang saiz 3cm). Busakan ditelapak tangan dengan gerakan memutar dan tambahkan sedikit air sedikit demi sedikit. Lakukan itu secara berskala untuk membuat buih yang lebih padat. Ratakan selembutnya pada wajah dan bilas dengan air.

 

BAHAN-BAHAN

AQUA/WATER, SORBITOL, LAURIC ACID, STEARIC ACID, MYRISTIC ACID, POTASSIUM HYDROXIDE, GLYCOL DISTEARATE, PALMITIC ACID, KAOLIN, SODIUM COCOAMPHOACETATE, COCO-BETAINE, CI 14700/RED 4, CI 16035/RED 40, LINALOOL, NIACINAMIDE, PARFUM/FRAGRANCE, SODIUM CHLORIDE, SODIUM HYALURONATE SODIUM PALMITOYL PROLINE, BENZOATE, PHENOXYETHANOL, PRUNUS YEDOENSIS LEAF EXTRACT, DISODIUM EDTA, LIMONENE, ASCORBYL GLUCOSIDE, NYMPHAEA ALBA FLOWER EXTRACT, HYDROXYPROPYL, METHYLCELLULOSE, CITRONELLOL, CAPRYLOYL SALICYLIC ACID, DIPROPYLENE GLYCOL, POLYQUATERNIUM-7, BUTYLENE GLYCOL, BENZYL ALCOHOL, BENZYL SALICYLATE

 

RATING

Semestinya saya telah melakukan pemerhatian terhadap kulit saya sepanjang tiga hari untuk melihat hasilnya. Saya menjangkakan kulit saya akan memberi sedikit rona merah jambu, akan tetapi ia tidak kelihatan meskipun tiga hari telah berlalu. Saya merasakan kulit saya menjadi sedikit gebu dan mulus tanpa merasakan sebarang kepedihan di wajah. Bagi saya ia amat menarik perhatian saya kerana memberi efek yang gebu dan mulus, akan tetapi saya sedikit kecewa dengan kenyataan produk ini.

Ia tidak menghasilkan rona merah pada kulit saya mahupun hasil berseri kerana apa yang saya dapat lihat, kulit saya merasa lebih gebu sahaja. Sepertinya ia tidak mampu mengagumkan saya akan tetapi saya masih suka dengan kelembutan Garnier Skin Naturals Sakura White Pinkish Glow Whip Foam  ini. Konsep buih seperti krim putar itu amat menarik perhatian kerana formulasinya menghasilkan pembersih wajah yang begitu ringan namun masih padat untuk membersih kan pori-pori. Oleh itu, saya memberi 7 daripada 10 bintang.

SHOP HERE

 

Garnier Skin Naturals Sakura White Whip Foam

Close Menu