BM REVIEW | Cezanne Pearl Glow Cheek

Sentuhan warna akan menjadikan kulit anda kelihatan hidup dan cantik. – Bobbi Brown

Berbagai warna telah dipadankan pada wajah kita untuk kelihatan sedikit berbeza, atau dalam makna lainnya untuk kelihatan lebih cantik. Bermula daripada asas solek, pembayang mata, pemerah pipi dan gincu. Set solekan yang didatangi berbagai warna ini telah banyak diguna pakai oleh gadis apabila mereka berkeinginan untuk kelihatan sedikit berbeza. Namun, tidak kesemuanya diperlukan untuk memberi sedikit sentuhan yang berbeza.

Antara produk solekan yang perlu digunakan untuk memberi sedikit perbezaan adalah menggunakan pemerah pipi. Pemerah pipi merupakan produk yang tidak ditelan zaman sejak kemunculan pertamanya. Malah, ia telah dinaik taraf menjadi lebih mudah digunakan dan didatangi dengan pelbagai variasi. Hanya dengan satu sentuhan pemerah pipi boleh mengubah satu wajah yang suram menjadi lebih segar dan sihat.

Oleh itu, saya telah meluangkan sedikit waktu untuk membuat kajian mengenai satu pemerah pipi yang digabungkan bersama mutiara halus untuk memberi satu efek yang ‘glowing’. Ia adalah produk keluaran jenama Jepun iaitu Cezanne Pearl Glow Cheek dimana pemerah pipi ini yang didatangi dua variasi warna beserta mutiara yang telah dikisar halus di dalamnya.

MENGENAI PRODUK

Pemerah pipi ini didatangi dengan dua variasi warna iaitu P1 Gold Peach dan P2 Beige Coral. Meskipun warnanya tampak sama, namun kedua-duanya membawa dua isi warna yang berbeza. P1 mempunyai warna yang lebih gelap dan amat bersesuaian untuk digunakan oleh orang yang berkulit terang hingga medium. Manakala P2 bersesuaian untuk tona kulit yang cerah hingga terang. Namun, menjadi sedikit kekurangan kerana warna yang dipamerkan tidak sesuai untuk diguna pakai oleh orang yang bertona kulit gelap.

Cezanne Pearl Glow Cheek ini juga bertatahkan mutiara yang telah dikisar halus untuk memberi efek ‘glowing’ di pipi. Tidak seperti jenama yang lain, pemerah pipi ini juga mampu mebuat kulit seseorang kelihatan licin dan kemerah-merahan yang sekata. Malah, ia juga mengandungi minyak buah Rosa Canina, Squalane dan minyak Jojoba yang terkenal dengan sifatnya yang mengurangkan rasa keradangan pada kulit.

 

PEMBUNGKUSAN

Bersaiz petak yang cukup muat digenggam dalam tapak tangan, ia juga dihiasi corak bunga disekeliling permukaan produk itu. Cukup jelas dengan cetakan nama jenamanya beserta nama produk tersebut di atas Cezanne Pearl Glow Cheek.

Ia didatangi bersama satu berus bersize mini, bersesuaian untuk dibawa ke mana sahaja. Berusnya yang begitu lembut mampu untuk menyerap pigments dan menghasilkan warna yang lebih berpigmentasi. Berus yang bersaiz mini ini diperbuat daripada bulu sintetik. Oleh itu, tidak perlu risau terutamanya buat orang muslim untuk menggunakannya kerana tiada unsur penggunaan bulu haiwan.

Seperti dinyatakan dibelakang, informasinya hanya bertuliskan bahasa Jepun dimana amat sulit untuk memahami. Sebaliknya, pengguna lebih mesra dengan bahasa internasional yang lebih difahami. Terlebih dahulu, pengguna perlu membuat sedikit rujukan sebelum mencuba produk tersebut kerana perlu terjemahkan kepada bahasa yang lebih difahami.

 

CARA PEMAKAIAN

Menggunakan berus mini yang telah disediakan, anda perlu membuat pusingan bulatan di atas permukaan pipi sekiranya anda mempunyai tulang pipi yang tinggi. Cara ini bagi menyerlahkan pipi anda untuk kelihatan merah natural seakan-akan trend yang digunakan di Jepun.

Cara pemakaian seterusnya juga boleh aplikasikan seperti bermula di titik tengah pipi dan disapu hingga ke belakang tulang pipi. Ini adalah cara untuk menghasilkan pipi tampak lebih tinggi bagi mereka yang mempunyai pipi yang sedikit leper atau rendah.

BAHAN-BAHAN

Polyglyceryl-2 triisostearate, triethylhexanoin, (fluorination / hydroxide / oxidation) / (Mg / K / silicon), hexa (hydroxystearic acid / stearic acid / rosinic acid) dipentaerythrityl, zinc myristate, dimalate Isostearyl, (HDI / trimethylolhexyl lactone) crosspolymer, pentylene glycol, bisdiglyceryl polyacyl adipate-2, phenoxyethanol, hydrogen dimethicone, methyl paraben, silica, tocopherol, caninabara fruit oil, squalane, jojoba seed oil, talc, Mica, synthetic fluorophlogopite, titanium oxide, iron oxide, red 202, yellow 4, tin oxide, red 226, Al hydroxide

 

RATING

Setelah dicuba, saya mendapati pemerah pipi ini sebenarnya begitu cantik dipakai atas kulit yang rata dan bersih. Pendapat saya, teksturnya agak kering menyebabkan aplikasi pada kulit yang sedang bermasalah mungkin menonjolkan lagi keberkesanan produk ini. Malah, bagi pengguna yang memilik pori yang besar, ia akan membuatkan permukaan pori yang terbuka itu lebih mudah dilihat.

Saya tidak dapat mencadangkan produk ini kepada tona kulit yang gelap juga kerana ia tidak begitu tinggi pigmentasi untuk diguna pakai oleh pengguna berkulit gelap. Akan tetapi ia masih boleh diguna untuk dijadikan ‘highlighter‘ yang nipis. Oleh itu, saya mampu beri rating kepada produk ini sebanyak 6 daripada 10.

 

SHOP HERE

Cezanne Pearl Glow Cheek

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on LinkedIn
Share on Pinterest
Close Menu