Pernahkah anda mendengar mengenai ‘BB Kusyen? Bagaimanakah kemunculan BB Kusyen ini? Pasti anda tertanya-tanya kerana BB Kusyen ini merupakan satu inovasi yang amat menarik dalam memudahkan kehidupan seharian kita. BB Kusyen ini tercetus apabila pada waktu dulu, agak sulit untuk membawa bedak asas atau cecair asas solekan kerana bentuk pembungkusannya. Sekiranya ada cacat cela pada solekan, agak sulit untuk membaikinya kerana perlu membawa bedak asas itu bersama span. Namun, setelah mendapat perhatian daripada pakar inovasi, mereka telah mencipta BB Kusyen yang menggabungkan cecair asas solekan bersama span dan cermin.
Antara jenama yang naik bersama inovasi ini adalah Laneige. Ia juga mendapat perhatian kerana formulasi bedak asasnya yang cukup menarik dan mendapat sokongan orang ramai melalui ribuan review. Kali ini, mereka telah membuat kemunculan dengan produk baru yang diberi nama Laneige Neo Cushion yang medapat sambutan yang cukup gemuruh kerana pembungkusannya yang menambat hati setiap gadis.
MENGENAI PRODUK
Laneige Neo Cushion ini didatangi dengan dua jenis iaitu Glow dan Matte. Mengikut kesesuaian kulit, saya telah memilih Glow yang akan memberi efek yang lembab dan bersinar pada wajah saya. Terlebih dahulu, Neo Cushion Glow ini mempunya SPF 50+ PA+++ yang dapat melindungi kulit daripada sinaran UV dan sinaran UV mampu menembusi kulit sebanyak 2 peratus sahaja. Ia juga memberi hasil yang berseri dimana akan membuat kompleksi wajah seperti sinaran prisma selama 24 jam.
Ia juga mampu memberi kulit yang berseri tanpa oksidasi dalam tempoh 24 jam. Ini kerana ia telah diformulasi seperti permata yang dicairkan melalui proses penghalusan dan menjaminkan hasil solekan yang kelihatan berseri dan berkilat dari setiap sudut. Laneige Neo Cushion Glow juga telah didatangi dengan variasi warna yang bersesuaian dengan tona kulit pengguna Asia. Mempunyai 10 warna yang berbeza, saya telah memilih kod 23N Sand yang bersesuaian dengan tona kulit saya yang cerah yang neutral.
Laneige Neo Cushion Glow ini juga amat berfungsi kerana selain betindak sebagai solekan, ia juga mengandungi Niacinamide yang dikenali dengan fungsi mencerahkan kulit. Dijual dengan harga RM 160, akan diberi juga satu kusyen yang boleh diisi semula.
PEMBUNGKUSAN
Mengapa ia telah menjadi perhatian ramai? Ini kerana pembungkusannya yang sangat cantik. Berkonsepkan gajet terkini yang semakin dipakai ramai, ia berbentuk petak seperti Airpod. Sememangnya pembungkusan yang sama diguna pakai oleh jenama lain, berbentuk bulat. Namun, Laneige telah menaik taraf menukar pembungkusan mengikut trend Airpod. Ia sangat unik kerana bersaiz petak yang tidak terlalu besar, malah muat untuk dibawa kemana sahaja.
Seperti bb kusyen yang lain, ia didatangkan bersama satu span yang direka khas untuk menyerap cecair asas solekan itu dan satu cermin yang telah dipasangkan ke pembungkusan itu. Span itu merupakan span yang istimewa kerana tidak seperti span yang lain, ia mampu menyerap untuk lapisan pertama sahaja dan mengekalkan formulasi ‘glowing’ itu supaya ia zarah cecair itu tidak pecah. Apabila ia dikekalkan, ia akan menghasilkan efek yang begitu kemas dan tidak bercapuk.
HASIL AKHIR
Ia mempunyai cecair yang menyebabkan kulit kita kelihatan berseri dan bersih selain mempunyai tekstur yang ringan. Ia tidak dapat menutupi cela dengan tebal namun ia dapat memberi efek yang natural.
BAHAN-BAHAN
WATER / AQUA / EAU, CYCLOPENTASILOXANE, TITANIUM DIOXIDE (CI 77891), PHENYL TRIMETHICONE, HOMOSALATE, GLYCERIN, ETHYLHEXYL METHOXYCINNAMATE, TITANIUM DIOXIDE (NANO), PEG-10 DIMETHICONE, CYCLOHEXASILOXANE, BORON NITRIDE, TRIMETHYLSILOXYSILICATE, NIACINAMIDE, LAURYL PEG-10 TRIS(TRIMETHYLSILOXY)SILYLETHYL DIMETHICONE, PROPANEDIOL, IRON OXIDES (CI 77492), 1,2-HEXANEDIOL, ACRYLATES/DIMETHICONE COPOLYMER, DISTEARDIMONIUM HECTORITE, POLYMETHYL METHACRYLATE, SODIUM CHLORIDE, ALUMINA, BISMUTH OXYCHLORIDE (CI 77163), GLYCERYL STEARATE CITRATE, POLYSORBATE 80, DISODIUM STEAROYL GLUTAMATE, FRAGRANCE / PARFUM, ALUMINUM HYDROXIDE, IRON OXIDES (CI 77491), DIMETHICONE/PEG-10/15 CROSSPOLYMER, CAPRYLYL GLYCOL, HYDROGENATED LECITHIN, ETHYLHEXYL HYDROXYSTEARATE, SIMETHICONE, GLYCERYL CAPRYLATE, ETHYLHEXYLGLYCERIN, IRON OXIDES (CI 77499), DISODIUM EDTA, ADENOSINE, TRIETHOXYCAPRYLYLSILANE, CITRONELLOL, GERANIOL, LIMONENE, DIPROPYLENE GLYCOL, BHT, HYDROXYCITRONELLAL, THYMOL TRIMETHOXYCINNAMATE, SODIUM CITRATE, TOCOPHEROL, SODIUM BENZOATE, LACTIC ACID, POTASSIUM SORBATE, DIAMOND POWDER, XANTHAN GUM
RATING
Setelah dicuba, Laneige Neo Cushion Glow ini cukup bagus diguna untuk orang yang berkulit bersih tanpa sebarang parut yang jelas. Hal ini kerana, menurut saya ia tidak mempunyai ‘coverage’ yang tinggi hingga mampu menutup cela. Malah ia hanya berfungsi untuk memberi efek berseri kepada wajah saya. Namun, saya cukup berpuas hati dengan warna tona yang disediakan. Sememangnya saya amat kecewa apabila banyak jenama besar yang menghasilkan bb kusyen tetapi tidak memenuhi kehendak pelanggan yang inginkan tona warna yang sesuai dengan kulit mereka. Namun, Laneige Neo Cushion Glow ini sangat bersesuaian dengan tona kulit saya cerah neutral meskipun ia mempunyai tona merah jambu di dalam cecair tersebut.
Ia tidaklah teruk dari segi ketahanan, juga tidaklah teruk dari segi hasil akhir solekan. Cuma, ia perlu dicuba dan dipertimbangkan semula sekiranya anda ingin membelinya. Untuk harga yang didatangi bersama isi semula, ia tidaklah mahal. Cuma kerisauan yang timbul adalah penyesalan sekiranya pengguna mengharapkan ia mempunyai ‘coverage’ yang tinggi. Oleh kerana pembungkusannya yang begitu cantik dan ‘aesthetic’, produk ini akan saya beri 7.5 daripada 10.
SHOP HERE
Laneige Neo Cushion Glow SPF50 PA+++