BM REVIEW | Menjaga Kulit dengan Mizukagami

Setiap hari, peti mesej saya akan dibanjiri dengan soalan mengenai cara saya menjaga kulit saya? Sejujurnya, saya bukanlah seorang yang mengikut dan mengambil serius dalam cara penjaaan kulit. Tetapi, saya akan memastikan tiga jenis penjagaan kulit; pencuci wajah, toner dan pelembap wajah, ini dituruti mengikut keperluan kulit saya. Sekiranya, warga Korea mempunyai sepuluh langkah penjagaan kulit dimana amat sukar untuk saya mengikuti, maka saya mempunyai langkah saya tersendiri dalam memastikan kulit saya dijaga rapi.

Kali ini, saya akan menunjukkan cara atau langkah penjagaan kulit saya yang amat mudah menggunakan produk daripada Mizukagami Cosmetics. Namun, sebelum itu, saya akan memperkenalkan jenama ini yang diterbangkan khas dari Jepun. Mizukagami Cosmetics merupakan sebuah jenama kelahiran negara matahari terbit iaitu Jepun. Jenama ini memberi fokus terhadap tiga jenis bahan mentah iaitu ekstrak beras bran, ekstrak sake lees dan ekstrak teh hijau. Produk mereka memberi perhatian kepada hasil kulit yang lembab. Melalui laman web mereka, kebanyakkan yang mempunyai masalah kulit adalah berpunca daripada kekeringan. Sememangnya mudah untuk berfikir bahawa kulit kering merupakan salah satu masalah kulit namun realitinya kulit kering adalah punca untuk segala jenis masalah kulit. Oleh itu, kelembapan kulit merupakan hal yang paling penting, kerana itu jenama ini menekankan pelembapan dalam produk mereka.

Mizukagami Cleansing Gel

Jadi, langkah pertama dalam penjagaan kulit saya adalah saya menggunakan Mizukagami Cleansing Gel untuk membuang kekotoran pada wajah saya. Produk ini mempunyai tekstur seperti gel dimana ia merupakan konsep baharu dalam pembersih wajah yang mampu membuang kekotoran pada wajah. Meskipun solekan anda terutamanya solekan mata yang begitu degil dapat dicuci dengan mudah namun ia masih mengekalkan kelembutan dan kelembapan.

Mizukagami Cleansing Gel Ingredients: Water, DPG, coconut oil fatty acid PEG-7 glyceryl, PEG/PPG-20/22 butyl ether dimethicone, BG, glycerin, PEG-11 methyl ether dimethicone, PCA glycereth-25 isostearate, dioctyl dodeceth-5 lauroylglutamate, ( Acrylates/alkyl acrylate (C10-30)) crosspolymer, pentylene glycol, tea leaf extract, rice bran extract, sake lees extract, hyaluronic acid Na, hydrolyzed hyaluronic acid, hydrolyzed collagen, water-soluble collagen, carbomer, K hydroxide, Citric acid, Na citrate, 5 Na pentetate, Phenoxyethanol

Apa yang membuatkan saya begitu menyukai pencuci gel ini adalah kerana ia mempunyai prekripsi hypoallergenic. Ia tidak mempunyai bahan terlarang dan tidak mudah untuk memedihkan mata. Malah, ia juga mengandungi bahan yang melembapkan dan memberi efek kulit cantik supaya dapat mengekalkan kelembapan kulit setelah mencuci tanpa membuang sebarang minyak.

SHOP HERE:

Mizukagami Cleansing Gel

Mizukagami Skin Lotion

Kemudian, lap wajah dengan tuala yang lembab atau kering untuk memastikan tiada lebihan air di wajah. Tidak perlu memberi tekanan apabila mengelap kerana ia mungkin menghasilkan geseran kasar pada kulit. Saya mengambil Mizukagami Skin Lotion, sebuah produk yang tinggi tahap kelembapan yang akan membuat kulit terasa lembut dan menyenangkan.

Mizukagami Skin Lotion Ingredients: Water, DPG, pentylene glycol, PEG/PPG/polybutylene glycol-8/5/3 glycerin, diglycerin, BG, PEG-60 hydrogenated castor oil, tea leaf extract, rice bran extract, sake lees extract, sodium hyaluronate, water Degraded hyaluronic acid, hydrolyzed collagen, water-soluble collagen, citric acid, Na citrate, 5 Na pentetate, phenoxyethanol

Di negara Jepun, ia menyebut losyen sebagai toner. Maka dengan itu, untuk mengimbangkan air dan minyak pada wajah itu penting kerana ia adalah hal yang paling penting untuk memastikan kulit tidak rosak dan kering, seperti mana kebanyakan wanita mengalaminya. Oleh itu, dengan efek kelembapan yang begitu hebat akan menyerap ke dalam keratin kulit dan mencapai kelembapan dan tegang.

SHOP HERE:

Mizukagami Skin Lotion

Mizukagami Beauty Essence

Sebelum saya meneruskan langkah yang lebih mendalam, saya tidak akan melangkaui langkah penggunaan esen. Mizukagami Beauty Essence adalah salah satu esen kegemaran yang diguna pakai di dalam langkah penjagaan kulit saya. Esen ini akan mempercepatkan penyerapan lecithin ke dalam keratin hingga ke dalam kulit.

Mizukagami Beauty Essence IngredientsWater, BG, glycerin, bisPEG-18 methyl ether dimethylsilane, pentylene glycol, PEG/PPG/polybutylene glycol-8/5/3 glycerin, tea leaf extract, rice bran extract, sake lees extract, apple fruit culture cell extract, bifidus Bacterial culture lysate, Octapeptide-24, Saccharomyces cerevisiae polysaccharide, hawthorn extract, jujube fruit extract, grapefruit fruit extract, apple fruit extract, orange juice, lemon juice, Centella asiatica extract, root extract, knotweed root extract, licorice root extract, rosemary Leaf extract, chamomile flower extract, ceramide NP, lecithin, hydrogenated lecithin, PPG-6 decyl tetradecethose 30, vanterethyl, tocopherol, carbomer, xanthan gum, hydroxide K, pentetate 5Na, phenoxyethanol

Ia mempunyai tekstur yang tebal dan tinggi tahap penyerapannya. Ia juga boleh melembutkan tekstur pada kulit dan memastikan kulit kelihatan sihat lembap dan tegang. Esen ini tidak juga melembapkan malah akan mengimbangi air dan minyak untuk melembutkan kulit.

SHOP HERE:

Mizukagami Beauty Essence

Mizukagami Face Pack

Sudah semestinya, sekiranya ingin memilik kulit seperti gelas, saya tidak akan melepaskan peluang untuk menggunakan helaian pek wajah. Helaian pek wajah merupakan salah satu produk harian dan saya menggunakan sekurangnya dua kali sehari. Mizukagami Face Pack sangat tinggi tahap kelembapannya dan bersesuaian dengan kulit anda!

Mizukagami Face Pack IngredientsWater, glycerin, BG, propanediol, DPG, PEG/PPG/polybutylene glycol-8/5/3 glycerin, sodium hyaluronate, hydrolyzed hyaluronic acid, hydroxypropyltrimonium hyaluronate, yuzu fruit extract, lemon juice, acerola Extract, polyquaternium-51, glycosyl trehalose, hydrolyzed hydrogenated starch, xanthan gum, PEG-40 hydrogenated castor oil, EDTA-2Na, citric acid, sodium citrate, phenoxyethanol, methylparaben, ethylparaben * Fragrance-free, uncolored, alcohol Free, petroleum-based surfactant free

Ia adalah helaian pek wajah yang anda akan gunakan pada hari yang istimewa atau hari dimana anda khuatiri akan kulit rosak atau pori pori terbuka. Helaiannya dibuat menggunakan teknologi Jepun dimana ia sangat bagus untuk kulit, menyerap esen dengan lebih banyak, jadi para pengguna apat merasakan efek melembapkan kulit. Saya amat menyukai helaian pek wajah ini kerana ia mengandungi banyak esen kecantikan, oleh itu saa dapat mengoleskannya ke seluruh wajah dengan rata.

SHOP HERE:

Mizukagami Face Pack

Mizukagami Moisturizing Cream

Akhir sekali, untuk penutup langkah penjagaan kulit saya, saya menggunakan; Mizukagami Moisturizing Cream. Ia mempunyai tektur yang tebal namun mudah diratakan seperti air selepas dioleskan pada kulit.

Mizukagami Moisturizing Cream IngredientsWater, triethylhexanoin, BG, glycerin, DPG, dimethicone, glyceryl stearate (SE), glycosyltrehalose, 1,2-hexanediol, hydrolyzed hydrogenated starch, cetanol, pentylene glycol, hexa (hydroxystearic acid/stearin) Acid/rosin acid) dipentaerythrityl, behenyl alcohol, stearoylmethyl taurine Na, polysorbate 60, tocopherol, argania spinosa kernel oil, tea leaf extract, rice bran extract, sake lees extract, hyaluronic acid Na, hydrolyzed hyaluronic acid, hydrolyzed collagen, water-soluble collagen , Citric acid, sodium citrate, xanthan gum, carbomer, K hydroxide, pentetate 5Na, phenoxyethanol

Saya sangat suka pelembap wajah ini kerana ia sangat melembapkan kulit, malah mengandungi minyak argan dimana sangat bagus untuk mereka yang ingin mengekalkan kelembapan wajah dan anti-penuaan apabila umur meningkat. Ia akan mengunci segala langkah yang terlebih dahulu! Pada pagi esok, saya dapat merasakan kulit saya lebih anjal dan kenyal.

SHOP HERE:

Mizukagami Moisturizing Cream

RATING

Jadi, buat mereka yang tertanya bagaimana saya mengikuti penjagaan kulit saya, maka terjawablah di risalah ini. Dengan penggunaan set penjagaan kulit daripada Mizukagami Cosmetics, saya boleh merumuskan bahasa ia adalah produk yang cukup berkualiti dan bagus untuk melindungi kulit daripada kekeringan. Malah, harganya tidak terlalu mahal dan masih mampu dimiliki! Saya amat menyukai bagaiaman ia mengekalkan bahan natural di dalam produk yang memberi manfaat yang banyak kepada kulit. Terutamanya ia mengandungi ekstrak beras bran, ekstrak sake lees dan ekstrak teh hijau.

Ia tidak mempunyai sebarang pewangi, bebas paraben dan tiada penambahan sebarang warna. Saya merasakan ia bersesuaian dengan kulit yang sensitif terutamanya kerana mereka tida mengandungi sebarang baha terlarang. Sepanjangan penggunaan set penjagaan kulit ini di dalam rutin penjagaan kulit saya, saya merasakan ia sangat membantu kulit saya kerana kulit saya boleh memberi toleransi terhadap bahan natural sahaja.

Saya menyedari bahawa kulit saya kelihatan lebih anjal dan berseri seperti seramik. Saya amat berpuas hati dengan produk-produk ini sepanjang penggunaan saya. Saya tidak mempunyai sebarang reaksi allergi malah ia membantu kulit saya kelihatan lebih baik. Oleh itu, saya memberi sembilan daripada sepuluh untuk set penjagaan kulit ini dan terutamanya markah penuh untuk Moisturizing Cream kerana ia mengekalkan kelembapan pada wajah saya sepanjang hari.

Can’t get enough of J-beauty?

Come join the Sakura Beauty Festival!

 

About Me

这个月的热门帖子

Sorry. No data so far.

Close Menu