BM REVIEW | Canmake Color Mixing Concealer

Pernahkah anda merasa kurang motivasi untuk berhadapan dunia luar kerana mempunyai cela di wajah? Hal ini tidak menjadi aneh buat semua orang kerana setiap orang mempunyai tahap keyakinan tersendiri. Usah khuatir sekiranya mempunyai cela di wajah kerana setiap masalah pasti mempunyai jalan penyelesaian.

Alat solek merupakan satu produk yang berjaya membawa keluar keyakinan setiap orang. Oleh itu, pelbagai jenis alat solek yang telah dihasilkan dan salah satunya yang berjaya menutup cela di wajah dikenali sebagai penutup cela atau sering disebut sebagai ‘concealer’. Saya telah diperkenalkan dengan satu produk kelahiran matahari terbit, Jepun iaitu Canmake Color Mixing Concealer. Bagi saya, produk ini sangat menarik perhatian. Sekiranya anda tertanya apa yang membuat saya begitu tertarik dengannya, teruskan membaca.

 

MENGENAI PRODUK

Penutup cela ini mempunyai keistimewaannya tersendiri kerana ia didatangi dalam satu palet yang mempunyai tiga warna. Sekiranya satu warna itu tidak menepati warna tona kulit anda, anda boleh mencampurkan warna tersebut untuk mendapatkan warna yang bersesuaian. Kerana itu ia dinamakan Color Mixing Concealer kerana anda boleh mencampurkan warna yang tersedia di dalam palet itu. Tidak seperti penutup cela yang lain dimana variasi warna diasingkan berbanding palet ini yang memberi tiga pilihan dalam satu bekas.

Canmake Color Mixing Concealer ini didatangi dengan lima pilihan palet yang bakal membuat anda bingung untuk memilih. Tiga pilihan palet yang terdiri warna yang mengikut tona kulit manakala dua pilihan palet lagi untuk pembetulan tona warna kulit. Lebih menarik, di dalam palet tersebut, ia mempunyai tiga warna yang berbeza yang terdiri daripada light, natural dan dark. 

 

PEMBUNGKUSAN

Tidak seperti penutup cela yang lain, di dalam palet ini telah didatangi bersama satu slot untuk mengadukkan warna penutup cela itu. Sekiranya satu warna tidak begitu tepat menepati citarasa anda, anda boleh mencampurkan warna lain di atas slot itu agar warna yang diadukkan itu sekata dan menepati citarasa.

Lebih menarik, Canmake Color Mixing Concealer dibekalkan bersama satu alat dengan dua penghujung yang berbeza, iaitu berbentuk seperti berus yang leper  dan span kecil. Berus yang leper untuk efek yang lebih luas dengan lapisan yang minimal manakala span pula untuk efek yang lebih spesifik seperti menutup jerawat.

 

HASIL AKHIR

Warna palet yang telah saya pilih adalah kod 03 juga merupakan warna keluaran terbaru Canmake Color Mixing Concealer di pasaran Malaysia. Ia mempunyai warna asas yang kearah kekuningan yang amat bersesuaian untuk mereka yang mempunyai kulit yang bertona asia seperti rakyat Malaysia.

Mengikut palet ini, warna dark telah saya gunakan di bahagian bawah mata yang kelihatan sedikit gelap. Kemudian, saya menggunakan natural untuk menutup bahagian cela yang kelihatan. Akhir sekali warna light telah saya gunakan di bahagian t-zone muka untuk memberi efek highlight serta memberi definisi terhadap wajah saya.

Palet ini amat berguna sekiranya anda tidak mahu membawa terlalu banyak alat solek kerana di dalam satu palet anda boleh mendapatkan tiga warna.

 

BAHAN-BAHAN

Magnesium carbonate, Microcrystalline Wax, Methicone, Methyl Methacrylate Crosspolymer, Sorbitan Sesquiisostearate, Squalane, Isotridecyl Isoninanoate, Sodium Hyaluronate, Polyglyceryl-2 Triisostearate, Polymethylsilsesquioxane, Polyhydroxystearic Acid, Phytosetryl/Octyldodecyl Lauroyl Glutamate, Synthetic Wax, Tocopherol (Vitamen E), Alumina, Iron Oxides, Silica, Erythrityl Triethylhexanoate, Titanium Dioxide

 

RATING

Sekiranya diberi pilihan  untuk memiliki Canmake Color Mixing Concealer sudah pasti saya ingin membelinya. Oleh kerana saiznya yang boleh dibawa ke mana mana, ia memudahkan saya untuk tidak membawa banyak alat solek. Saya memberi lapan daripada sepuluh kerana teksturnya meninggalkan rasa sedikit kering terutamanya dibawah mata.

 

SHOP HERE

Canmake Color Mixing Concealer

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on LinkedIn
Share on Pinterest
Close Menu