BM REVIEW | Sunsilk Smooth and Manageable Shampoo

Rambut merupakan salah satu aset terutamanya bagi wanita kerana rambut ini ibaratnya mahkota yang melengkapi luaran wanita. Namun, sering menjadi masalah apabila rambut kekeringan atau sukar diurus. Menjadi lebih parah apabila rambut sudah rosak kerana kekurangan nutrisi di dalam rambut.

Oleh itu, amat penting dalam pemilihan syampu yang bersesuaian dengan rambut agar rambut tidak akan mudah rosak. Pilihan saya untuk rambut yang sedikit kering dan tebal, saya memilih untuk mencuba Sunsilk Smooth and Manageable Shampoo yang mengakui bahawa mengandungi pelbagai kebaikan untuk rambut yang normal kepada kering.

 

MENGENAI PRODUK

Jenama Sunsilk ini sudah lama menapak di dalam negara kita maka ia tidak lagi asing bagi kita. Ia boleh dikatakan syampu yang mempunyai harga milik malah mudah didapati di farmasi mahupun pasaraya.

Untuk edisi Sunsilk Smooth and Manageable Shampoo ia memberi sepenuh perhatian untuk mereka yang mempunyai masalah rambut yang terlalu kering dan kusut. Malah, ia terdiri daripada bahan-bahan minyak yang cukup bagus untuk membantu membaiki rambut.

 

PEMBUNGKUSAN

Untuk membezakan kegunaannya, Sunsilk telah menggunakan pelbagai warna untuk indikasi setiap produk rambutnya. Sunsilk Smooth and Manageable Shampoo mempamerkan keseluruhan botol berwarna merah jambu. Lebih menarik, isi produk juga dihasilkan dengan berwarna merah jambu yang tidak terlalu pekat.

Botol ini tidak dihadirkan dengan sebarang pemicu namun produk boleh dikeluarkan dengan memicit botol tersebut. Namun ia memberi masalah apabila kuantitinya telah berkurang kerana isi padunya telah berada jauh di bawah. Ini bermakna pengguna perlu memberi tenaga yang lebih untuk mengeluarkan produk.

 

HASIL AKHIR

Saya telah melumurkan syampu ini pada rambut saya dan dicampurkan sedikit air untuk menghasilkan buih. Kepekatan Sunsilk Smooth and Manageable Shampoo yang pekat membuat buih lebih pekat dihasilkan. Baunya yang begitu menyenangkan membuat rambut saya begitu wangi.

BAHAN-BAHAN

Water, Sodium Laureth Sulfate, Dimethiconol, Cocamidopropyl Betaine, Perfume, Sodium Chloride, Carbomer, TEA-Dodecylbenzenesulfonate, Guar Hydroxypropyltrimonium Chloride, TEA-Sulfate, Citric Acid, Disodium EDTA, Mica, Sodium Benzoate, Cyclotetrasiloxane, Phenoxyethanol, DMDM Hydantoin, Titanium Dioxide, Magnesium Nitrate, Lysine HCl, Camellia Oleifera Seed Oil, Cocos Nucifera (Coconut) Oil, Prunus Amygdalus Dulcis (Sweet Almond) Oil, Olea Europaea (Olive) Fruit Oil, Argania Spinosa Kernel Oil, Methylchloroisothiazolinone, Magnesium Chloride, Iodopropynyl Butylcarbamate, Methylisothiazolinone, Acetic Acid, Sodium Sulfate, CI 17200.

 

RATING

Setelah dicuba, saya akan memberi empat daripada sepuluh markah. Kehebatannya yang sering diiklankan tidak seperti yang disangkakan. Rambut saya bertambah kering dan menyebabkan rambut gugur dengan banyak.

Meskipun baunya yang begitu wangi, namun ia telah menyebabkan rambut saya mengalami fasa yang kurang menyenangkan. Sememangnya ia membuat rambut saya kelihatan mudah terurus namun ia hanya pada awalnya sahaja. Setelah dikeringkan sepenuhnya, rambut saya mulai kering dan berakhir dengan rambut yang kusut.

Bagi saya, produk ini tidak berhasil membuat saya kagum. Sekiranya anda ingin mencari syampu yang melembapkan rambut anda, seeloknya anda elak untuk membeli syampu ini kerana syampu ini tidak berkesan ke atas rambut saya.

 

SHOP HERE

Sunsilk Smooth & Manageable Shampoo

 

 

About Me

这个月的热门帖子

Sorry. No data so far.

Close Menu