BM REVIEW | Canmake Stay-On Balm Rouge

Secara umumnya, pelembab bibir merupakan produk yang mengandungi bahan yang dapat melembutkan bibir. Terutamanya untuk melembabkan bibir yang kering. Namun, dengan pelbagai teknologi yang semakin membangun serta perubahan trend, pelembab bibir juga dihadirkan bersama pelembab bibir berwarna. Produk ini telah direka dalam pelbagai pilihan warna dan mengandungi pelbagai formula yang akan memberi kebaikan kepada anda.

Sekiranya anda pengikut media sosial saya, semestinya anda tahu betapa saya menyukai jenama ini. Jenama yang tidak asing bagi saya iaitu Canmake yang diterbang khas dari negaraa matahari terbit. Canmake telah mengeluarkan Canmake Stay-On Balm Rouge yang merupakan sebuah produk pelembap bibir berwarna. Meskipun mempunyai variasi jenis peelmbap bibir yang berada dipasaran namun saya masih merasakan pelembap bibir ini amat menarik perhatian.

 

MENGENAI PRODUK

Anda mungkin kurang gemar untuk menggunakan gincu utuk dijadikan solekan harian kerana risau dengan hasil yang tidak kemas. Namun, pelebap bibir ini akan menjadi penyelamat anda kerana mempunyai variasi warna yang sesuai untuk dijadikan pilihan. Warna yang menjadi kegemaran saya adalah kod 18 Brownish Mandarin. Warnanya yang seakan jingga gelap, sesuai dengan tona kulit saya yang cerah.

Selain daripada variasi warna yang sangat cantik, Canmake Stay-On Balm Rouge juga mengandungi formulasi perlindungan UV. Ini bermakna anda tidak perlu risau sekiranya bibir anda terdedah kepada cahaya matahari malah ia akan melindungi bibir anda. Lebih menarik, ia mengandungi pelbagai minyak yang mampu merawat bibir seperti minyak jojoba dan minyak kacang macadamia.Meskipun mempunyai pelbagai minyak, ia tidak akan meninggalkan rasa kurang senang pada bibir dan ia akan memberi efek berkilat dan lembut bak sutera.

 

PEMBUNGKUSAN

Berbekas di dalam silinder plastik yang tidak terlalu besar, ia membolehkan pengguna untuk menyimpan produk ini di dalam tas tangan mahu pun di dalam poket. Ia tidak terlalu memakan ruang kerana saiz nya yang agak kurus dan panjang. Ia juga didatangkan dalam bentuk pulas dimana anda boleh mengeluarkan produk dengan memulas bahagian bawahnya.

Stay-On Balm Rouge ini mengandungi ejen pelembap dan mencantikkan bibir di mana ia akan mengekalkan bibir anda kelihatan mungil dan sihat sepanjang pemakaian. Tekstur yang seperti pengilat bibir membuatkan aplikasi produk ini amat halus. Ia tidak akan mengasari bibir malah melukakannya. Meskipun tekstur yang seperti pengilat bibir, tahap pigmentasinya masih tinggi. Sekiranya anda khuatir ia tidak akan menghasilkan warna yang begitu pekat, kini tidak lagi kerana dengan hanya satu sapuan ia mampu menakluki bibir anda.

 

HASIL AKHIR

Seperti yang anda lihat, bibir saya sedikit gelap dan kering. Saya merasa kurang keyakinan apabila keluar tanpa sebarang gincu. Namun, saya lebih yakin dengan menggunakan Canmake Stay-On Balm Rouge kerana selain mempunyai warna yang cantik, ia juga melembabkan bibir saya.

Before

After

 

BAHAN-BAHAN

Hydrogenated polyisobutene, Neopentyl glycol dicaprate, Dipentaerythrityl hexahydroxystearate, Synthetic wax, Diisostearyl malate, Diphenylsiloxy phenyl trimeticone, Pentaerythrityl tetraisostearate, Ethylhexyl palmitate, Triethylhexanoin, Polyglyceryl-2 triisostearate, Phytosteryl/Octyldodecyl lauroyl glutamate, Magnesium carbonate, Alumina, Polyethylene, Polyhyroxystearic acid, Methicone, Microcrystalline wax, Tocopherol, Macadamia ternifoli seed oil, Rosa canina fruit oil, Simmondsia chinensis (jojoba) seed oil, Olea europaea (olive) fruit oil, Vitis vinifera (grape) seed oil, Punica gratanum seed oil, Butyrospermum parkii (shea) butter, Squalane, Honey, Water, Butylene glycol, Royal jelly extract, Titanium dioxide, Iron oxides, CI45370, CI45410, CI45380, Ci19140, CI42090, Mica, Barium sulfate, CI15850, Calcium aluminum borosilicate, Dimethicone, Silica.

 

RATING

Sejujurnya, saya begitu menyukai Canmake Stay-On Balm Rouge kerana ia bukan sahaja melembapkan bibir saya malah memberi warna yang begitu cantik pada bibir saya. Kini, saya tidak perlu lagi memakai pelembap bibir dan khuatir bibir kekeringan setelah memakai gincu. Dalam satu produk dapat memberi dua hasil yang diimpikan. Oleh itu, saya memberi rating sembilan daripada sepuluh.

 

SHOP HERE

Canmake Stay-On Balm Rouge SPF 11/PA+

 

 

About Me

这个月的热门帖子

Sorry. No data so far.

Close Menu