BM REVIEW | Bio Essense Bio-Treasure Jeju Water Hydrating Skin Lotion

Apabila kita menyebut nama Jeju, ia sudah tidak asing bagi kita kerana Jeju itu begitu terkenal di tanah kelahiran Blackpink, iaitu di Korea Selatan. Jeju atau Pulau Jeju terkenal dengan pantainya yang begitu indah serta gunung berapinya yang menyebabkan hampir sekeluruhan tanaman yang sukar ditanam menjadi subur. Kebanyakan set penjagaan kulit mempunyai rumusan bahan segar yang ditanam di Jeju seperti daun teh hijau, bunga camellia dan biji chia.

Namun, bukan tanaman sahaja yang sering menjadi ramuan formula untuk penjagaan kulit, malah air mata air gunung juga menjadi tarikan. Airnya yang begitu segar dan penuh nutrisi telah menjadi tarikan untuk ditambah ke dalam set penjagaan kulit. Oleh itu, Bio Essence telah menarik perhatian dengan menghasilkan Bio-Treasure Jeju Water Hydrating Skin Lotion yang mengandungi Air Jeju. Di dalam satu botol losyen yang mengandungi sumber mineral yang mewah adalah sesuatu yang amat membuat saya tertanya untuk mengkajinya.

 

MENGENAI PRODUK

Bio-Treasure Jeju Water Hydrating Skin Lotion juga telah diinfusi dengan Bio Energy Complex iaitu sebuah formulasi yang mampu untuk membaiki, memperbaharui dan menambah sel-sel kulit. Ini juga bertujuan untuk meningkatkan tahap kelembapan dalam kulit untuk mengekalkan kompleksi kulit dan hidrasi.

Selain itu, ia diperkaya dengan sumber mineral kepulauan Jeju iaitu air Jeju yang mengandungi pelbagai nutrisi dan mineral. Hasilnya, ia akan membantu kulit untuk bertindak lebih cepat dalam membaiki sel sel yang telah rosak. Selain daripada mengekalkan kelembapan, losyen ini juga mampu mencerahkan kulit yang kusam dan melembutkan kulit yang kekeringan dan kasar.

 

PEMBUNGKUSAN

Losyen yang diperkaya dengan sumber mineral ini telah hadir di dalam botol silinder yang berwarna turqoise. Botolnya yang jernih telah menampakkan isi di dalamnya iaitu cecair losyen yang berwarna jernih.

Botol silinder ini juga dibalut dengan kerta yang bertatahkan informasi seperti cara penggunaan, bahan-bahan dan pembuatan kilang. Informasi yang dibekalkan begitu cukup untuk pengguna untuk membuat kajian tersendiri.

Bio-Treasure Jeju Water Hydrating Skin Lotion tidak hadir dengan sebarang aplikasi untuk mengeluarkan produk. Setelah membuka botol, anda boleh melihat penahan botol yang berwarna putih. Melalui itu sahaja, isi produk boleh dikeluarkan dengan menuangnya ke atas kapas dan dilumurkan pada wajah.

Meskipun losyen itu hampir sama seperti toner, namun losyen mempunyai kepekatan yang lebih tebal berbanding toner. Dalam erti kata lain, losyen merupakan pelembap wajah yang tahap ringan. Seperti yang kita lihat, cecairnya lebih pekat berbanding toner.

 

HASIL AKHIR

Saya telah menggunakan kapas dan tapak tangan untuk melihat perbezaan kedua-duanya. Penggunaan kapas ke atas Bio-Treasure Jeju Water Hydrating Skin Lotion akan menyerap lebih banyak produk dan menyebabkan kulit kita akan menerima isi produk yang lebih sedikit.

 

Berbanding penggunaan ke atas tangan yang kering, isi produk tidak akan diresap malah sebanyak jumlah isi produk itu juga akan dipindah ke kulit. Maka, kulit kita akan menerima lebih banyak sumber nutrisi produk tersebut.

 

BAHAN-BAHAN

WATER, BUTYLENE GLYCOL, GLYCERYL, POLYACRYLATE, ETHYLHEXYGLYCERIN, SODIUM CARBOMER, PENTYLELYNE GLYCOL, GLYCERIN, FRUCTOSE,UREA, CITRIC ACID, SODIUM HYDROXIDE, MALTOSE, SODIUM PCA, SODIUM CHLORIDE, SODIUM LACTATE, TREHALOSE, ALLANTOIN, SODIUM HYALURONATE, GLUCOSE, DEXTRAN, CAPROIC ACID, OLIGOPEPTIDE-1, ECKLONIA CAVA EXTRACT, HIZIKIA FUSIFORME EXTRACT, CODIUM TOMENTOSUM EXTRACT, GELIDIUM CARTILAGINEUM EXTRACT, CANDIDA BOMBICOLA/GLUCOSE/METHYL RAPESEEDATE FERMENT, SEA WATER, NIACINAMIDE, EUGLENA GRACILIS EXTRACT, POTASSIUM SORBATE, TOCOPHEROL, HAMAMELIS VIRGINIANA (WITCH HAZEL) EXTRACT, METHYLPARABEN, C12-15 PARETH-12, FRAGRANCE, PHENOXYETHANOL, CHLORPHENESIN

 

RATING

Bio-Treasure Jeju Water Hydrating Skin Lotion ini pada awalnya mungkin mempunyai tekstur yang pekat namun setelah aplikasi ia bertukar menjadi cecair yang ringan hingga meresap ke dalam kulit. Saya dapat merasakan kulit saya lebih lembab dan ternyata pemakaian di waktu malam akan membuat kulit lebih berseri di waktu pagi.

Namun ia tidak sesuai untuk mereka yang berkulit terlalu sensitif atau terlalu kering. Ini kerana ia menganndungi witch hazel dimana ia cukup terkenal dalam produk yang dikhususkan untuk kulit berjerawat. Namun, ia boleh menyebabkan kekeringan. Oleh itu, mereka yang berkulit terlalu kering tidak digalakkan untuk menggunakannya. Saya memberi tujuh daripada sepuluh markah untuk produk ini.

SHOP HERE

Bio-Essence Bio-Treasure Jeju Water Hydrating Skin Lotion

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on LinkedIn
Share on Pinterest
Close Menu