BM | Review Garnier Serum Mask [# Hydration & Replumping]

1 mask = 1 week of serum? Patutlah kulit kita nampak hasil yang ketara selepas guna sheet mask. Seolah-olah kita pakai serum sepanjang seminggu hanya dgn sekali pemakaian.

 

Fungsi

πŸ’§ Sheet mask yg sangat melembapkan serta menganjalkan kulit. Melembap secara mendalam, menganjalkan serta mengembalikan kekenyalan dan kesegaran wajah.

 

Bahan Utama

πŸ’§ Antioxidant Pomegranate dan Hyaluronic Acid – zat aktif yang efektif melembapkan kulit.

 

Bahan-bahan

Aqua/Water, Propylene Glycol, Glycerin, Alcohol, P-Anisic Acid, Dipotassium Glycyrrhizate, Glyceryl Acrylate/Acrylic Acid Copolymer, Hamamelis Virginiana Leaf Water / Witch Hazel Leaf Water, Hydroxyethylcellulose, Limonene, Mannose, Methylparaben, Peg-40 Hydrogenated Castor Oil, Phenoxyethanol, Potassium Hydroxide, Potassium Sorbate Propylparaben, Punica Granatum Fruit Extract, Pvm/Ma Copolymer, Sodium Benzoate, Sodium Hyaluronate, Sorbic Acid, Sorbitol, Xanthan Gum, Parfum

 

Kemasan

πŸ’§Plastik aluminium berwarna biru lembut yg berkilau dengan gambar buah delima sebagai bahan utama sheet mask ini.

 

Volume

πŸ’§32g iaitu hampir sebotol serum. Ada sedikit sisa. Saya pakai di leher dan lengan.

 

Bau

πŸ’§ Aroma lembut yg tidak menganggu hidung.

 

Material

πŸ’§ 100% natural cellulose berwarna putih yg lembut. Ia sangat lembut dan selesa pada kulit. Mudah dipakai pada wajah. Ada lapisan pelindung berwarna biru. Lipatan sheet mask midah dibuka.

 

Kesesuaian Bentuk

πŸ’§ Pada kemasan ada catat bahawa ia direka sesuai dengan bentuk wajah asia. Pada wajah saya, sedikit pendek untuk dahi saya yang agak luas 🀣. Bahagian lain sesuai.

 

Lekapan

πŸ’§ Melekap pada wajah dengan baik tanpa sebarang buih udara.

 

Tekstur

πŸ’§ Sedikit pekat daripada air. Tekstur seperti serum biasa. Tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Mudah menyerap ke dalam kulit tanpa rasa melekit. Ringan pada kulit.

 

Cara Penggunaan

πŸ’§ Buka lipatan masker. Gunakan pada wajah yang sudah dibersihkan dengan lapisan pelindung berwarna biru menghadap ke luar. Tanggalkan lapisa pelindung. Sesuaikan masker dengan bentuk wajah. Biarkan masker selama 15 minit. Selepas tanggalkan, urut wajah sehingga semua lebihan menyerap ke dalam kulit.

 

Pengalaman Saya

Walaupun alkohol agak tinggi di dalam senarai bahan-bahan, tetapi sheet mask ini tidak membuatkan kulit saya rasa pedih atau gatal. Selesa je pakai. Material yg lembut dan tekstur yg ringan membuatkan kulit rasa selesa sepanjang pemakaian.

Selepas pemakaian, kulit saya terasa lembap yg ketara tetapi langsung tidak melekit. Kelembapan yg selesa. Kulit menjadi lembut dan kelihatan lebih sihat, segar serta glowing. Sheet mask ini dicadangkan untuk kulit kering tetapi kulit saya yang jenis berminyak pun boleh pakai dengan selesa.

Keseluruhannya sheet mask ini melembapkan kulit dengan sangat baik tanpa meninggalkan rasa melekit. Memberikan hasil yang memuaskan tanpa reaksi negatif terhadap kulit saya.

 

Markah

4.9/5 ⭐⭐⭐⭐🌟

Disclaimer: Hasil bagi setiap kulit adalah berbeza. YMMV

SHOP HERE

[HALAL MASK] Garnier Skin Naturals Serum Mask

 

About Me

θΏ™δΈͺζœˆηš„ηƒ­ι—¨εΈ–ε­

Sorry. No data so far.

Close Menu