BM REVIEW | RURUBERRY 10% NIACINAMIDE + HA BOOSTER DROP

Industri kecantikan di Malaysia sangat berkembang pesat walaupun dahulu pernah dicemari dengan lambakan produk “sampah” yang mengandungi bahan yang merbahaya untuk kesihatan pengguna tetapi sejak kebelakangan ini, saya perhatikan telah banyak produk kosmetik dan penjagaan kulit yang berkualiti selain mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti produK yang bakal saya ulas sebentar lagi.

RuRuberry merupakan produk kecantikan yang baru bertapak di Malaysia yang membariskan 4 produk dibawah jenama ini iaitu 6HA Complex, 10% Niacinamide + Ha, Niacinamide + Zinc dan produk yang paling terbaru diperkenalkan oleh RuRuBerry iaitu Ethyl Ascorbic Acid. Tetapi kali ini saya akan mengulas salah satu produk dari RuRuberry yang telah saya cuba selama 1 bulan iaitu 10% Niacinamide + HA.

Ruruberry 10% Niacinamide + HA ialah serum yang mengandungi vitamin tinggi dengan tekstur yang ringan diformulasi khusus untuk memudar dan menghilangkan bintik hitam pada wajah, mengecilkan liang pori yang besar, dan merawat wajah yang meradang akibat dari jerawat.

Niacinamide atau dikenali juga sebagai vitamin B3 merupakan salah satu bahan popular di dalam industri produk kosmetik baik dari keluaran antarabangsa mahupun produk keluaran tempatan dek kerana keberkesanan dan manfaatnya pada kulit wajah. Selain dapat merawat iritasi, Niacinamide juga membantu mencerahkan tona kulit yang tidak sekata, mengurangkan pengeluaran minyak semula jadi yang ada pada kulit wajah, membantu merapatkan liang pori, mengurangkan garis halus pada wajah dan banyak lagi manfaat Niacinamide terutama untuk mereka yang mengalami masalah jerawat dan parut jerawat.

Ruruberry menggabungkan Niacinamide dan Hyaluronic Acid yang juga salah satu bahan yang popular utk menghidratkan kulit. Hyaluronic acid adalah agen penghidratan kulit  yang terkenal dengan kemampuannya untuk menarik dan menahan lembapan yang ada pada kulit dan persekitaran yang membantu untuk melembap serta menjadikan kulit lebih lembap dan dapat melambatkan proses penuan wajah akibat dari kulit yang kurang hidrasi.

Bahan – Bahan Di Dalam Serum Ini.

Water, Niacinamide, Butylene Glycol, Acetyl Glucosamine, Xylitylglucoside, Hydrolyzed Soy Protein, Anhydroxylitol, Sodium Hyaluronate, Sodium Hyaluronate Crosspolymer, Sodium Acetylated Hyaluronate, Sodium Carboxymethyl Beta-Glucan, PPG20 Methyl Glucose Ether, Xylitol, Tetrasodium EDTA, Sodium Ascorbyl Phosphate, Panthenol, Citric Acid, Pentylene Glycol, Centella Asiatica Extract, Glycerin, Phenoxyethanol, Chlorphenesin, Polygonum Cuspidatum Root Extract, Scutellaria Baicalensis Root Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract, Rosmaninus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Hydrolyzed Sodium Hyaluronate, Ethylhexylglycerin.

Pengalaman saya mengunakan Ruruberry 10% Niacinamide + HA

Sebelum saya menggunakan Serum Niacinamide dari Ruruberry, saya pernah mencuba Serum Niacinamide dari salah satu jenama antarabangsa yang agak terkenal di pasaran tetapi malangnya serum itu tidak berkesan dalam mengurangkan masalah kulit saya seperti irritasi, parut jerawat dan mengurangkan minyak pada wajah. Malangnya serum itu membuatkan jerawat naik dengan banyak membuatkan saya berhenti menggunakan serum itu di dalam rutin penjagaan wajah saya.

Saya tertarik untuk mencuba serum dari ruruberry ini disebabkan  ianya merupakan jenama keluaran tempatan dan saya masih belum berputus asa utk mencuba serum yang berasaskan niacinamide walaupun pengalaman saya sebelum ini, menggunakan serum dengan bahan yang sama berakhir dengan kekecewaan. Harganya juga jauh berpatutan selain mudah didapati menyebabkan saya semakin tertarik untuk mencuba serum ini.

Saya sangat sukakan kotak dan kemasan serum ini kerana mereka mengunakan tema minimalist dengan kotak berwarna putih dan tulisan berwarna hitam. Pengguanaan dua warna hitam dan putih memberi kesan minimalist dan elegen bagi produk ruruberry. Serum ini dibotolkan dalam botol plastic yang berat. Tetapi ada satu hal yang kurang saya sukai dari kemasan botol serum ini, label yang dilekatkan dibotol serum ini menyukarkan saya untuk melihat kuantiti serum yang tinggal kerana label pada botol hampir menutupi keseluruhan botol. Tetapi ini tidaklah menyebabkan masalah besar apa yang penting merupakan keberkesanan produk ini ke atas kulit.

Saya juga sangat sukakan tekstur serum ini yang ringan dan cepat menyerap ke dalam wajah. Serum ini mempunyai tekstur yang likat tetapi dalam masa yang sama ianya terasa ringan diwajah selain tidak mempunyai bau. Ia masih meninggalkan kesan melekit tetapi kesan melekit itu tidak berpanjangan disebabkan ia cepat menyerap ke dalam kulit. Disebabkan waktu penyerapan yang tidak lama, serum ini sesuai digunakan bersama produck penjagaan kulit yang lain seperti pelembap dan toner.

Kesan yang paling ketara setelah penggunaan serum ini ialah, kulit saya tidak ditumbuhi jerawat seperti pengalaman pertama saya dengan produk antarabangsa yang saya ceritakan diatas. Kulit saya menyukai serum ini dan saya sukakan kesan lembut dan gebu setiap kali selepas menggunakan serum ini di dalam rutin penjagaan wajah saya. Saya menggunakan serum ini didalam rutin penjagaan wajah pagi dan malam dan apa saya lihat serum ini tidak terlalu membantu dalam memudarkan parut jerawat saya.

Tetapi saya dapat rasai minyak pada wajah saya berkurang berbanding sebelum saya menggunakan serum. Kulit saya kurang berminyak tetapi terasa lebih lembut dan lembap. Walaupun ianya tidak terlalu membantu kulit saya memudarkan parut jerawat, tapi saya yakin dan percaya dengan penggunaan yang berterusan serta konsisten serum ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan parut dan tona kulit tidak sekata kerana ini hanya ulasan saya selepas sebulan penggunaan dan ianya bergantung pada kesesuaian dan tindak balas kulit individu.

SHOP HERE

Ruruberry 10% Niacinamide + HA 30ml

Ruruberry 10% Niacinamide + HA

 

 

 

 

 

 

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on LinkedIn
Share on Pinterest

About Me

Mayle Suandi

Mayle Suandi

𝙱𝚎𝚊𝚞𝚝𝚢 : 𝚏𝚊𝚕𝚕 𝚒𝚗 𝚕𝚘𝚟𝚎 𝚠𝚒𝚝𝚑 𝚝𝚊𝚔𝚒𝚗𝚐 𝚌𝚊𝚛𝚎 𝚘𝚏 𝚢𝚘𝚞𝚛𝚜𝚎𝚕𝚏.

Trending Articles

Close Menu